Calon PM UK mahu tekanan lebih tegas terhadap Israel

Andy Burnham selepas menghadiri satu sesi temu bual di London/Foto AFP

LONDON, 10 Julai – Calon Perdana Menteri United Kingdom (UK), Andy Burnham, menggesa kerajaan mengambil langkah lebih tegas terhadap Israel susulan konflik berterusan di Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Burnham mengakui kerajaan Starmer tidak bertindak secukupnya menanggapi konflik.
  • Cadangkan meningkatkan tekanan terhadap Israel, termasuk sekatan tambahan dan larangan perdagangan barangan dari penempatan haram Tebing Barat.
  • Kerajaan UK sebelum ini mengenakan sekatan terhadap beberapa menteri Israel, menggantung rundingan perdagangan bebas dan mengiktiraf Negara Palestin.
  • Pendirian tegas terhadap Israel tidak bercanggah dengan usaha membanteras antisemitisme; tekankan pendekatan adil dan seimbang.

Dalam wawancara bersama akhbar The Guardian, Burnham mengakui kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang bakal berundur, Keir Starmer, tidak bertindak secukupnya dalam menangani konflik berkenaan.

Beliau berkata, UK perlu meningkatkan tekanan terhadap Israel, termasuk mempertimbangkan sekatan tambahan serta meneliti larangan perdagangan barangan dari penempatan haram di Tebing Barat.

Menurut Burnham, kerajaan UK sebelum ini telah mengambil beberapa langkah termasuk mengenakan sekatan terhadap beberapa menteri Israel, menggantung rundingan perdagangan bebas dengan negara itu serta mengiktiraf Negara Palestin.

Bagaimanapun, beliau berpandangan pendekatan itu masih belum mencukupi.

Burnham turut menegaskan bahawa pendirian tegas terhadap kerajaan Israel tidak bercanggah dengan usaha membanteras antisemitisme, sambil menekankan kepentingan pendekatan yang adil dan seimbang.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.