
JOHOR BAHRU, 9 Julai -Golongan pengundi muda bakal menjadi penentu utama lanskap politik pada Pilihan raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu nanti.
RINGKASAN BERITA AI
- Timbalan Perdana Menteri nyatakan kira-kira 5.15% pengundi muda bawah 40 termasuk pengundi 18 tahun dan pengundi pertama kali.
- Anak-anak muda mesti mengambil tahu tentang politik walaupun tidak mahu terlibat secara langsung.
- Jangan sia-siakan peluang mengundi kerana undi adalah penentu penting.
- Golongan muda diingatkan membuat pilihan bijak semasa mengundi nanti.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan secara purata kira-kira 5.15 peratus pengundi muda berada dalam kelompok usia bawah 40 tahun termasuk pengundi berusia 18 tahun dan mereka yang pertama kali mengundi.
“Yang penting anak-anak muda mesti mengambil tahu tentang politik walaupun tidak mahu terlibat. Jangan sia-siakan peluang mengundi kerana undi penentu penting,” katanya.
Beliau turut mengingatkan golongan muda supaya membuat pilihan yang bijak semasa mengundi nanti.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menghadiri Program Apa Kata Siswa di sini, hari ini.