Banjir monsun di India ragut 13 nyawa

Seorang wanita berteduh dengan plastik ketika hujan lebat di New Delhi, India/Foto REUTERS

SURAT, INDIA, 9 Julai – Sekurang-kurangnya 13 maut akibat banjir besar yang melanda bandar Surat di Gujarat, India, susulan hujan lebat berterusan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan perumahan tenggelam; jalan raya terputus, memaksa ribuan penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara.
  • Penduduk melaporkan kekurangan makanan dan kematian haiwan ternakan; seorang bayi enam hari turut terjejas.
  • Pihak berkuasa mengerahkan pasukan penyelamat, menutup semua sekolah dan kolej sebagai langkah berjaga-jaga.

Banjir turut menenggelami kawasan perumahan, dengan akses jalan raya terputus sehingga memaksa ribuan penduduk berpindah ke pusat perlindungan sementara.

Seorang penduduk, Neha Rajput, berkata mereka kini berdepan kekurangan bekalan makanan, manakala haiwan ternakan turut mati akibat banjir.

“Air terus melimpah sejak semalam. Kami kekurangan bekalan makanan, haiwan ternakan mati, malah seorang bayi berusia enam hari turut terjejas akibat banjir ini,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Sushil Mishra, berkata sistem perparitan yang tidak mampu menampung limpahan air menyebabkan banjir semakin buruk dan menjejaskan seluruh kawasan.

Pihak berkuasa mengerahkan pasukan penyelamat untuk memindahkan mangsa ke kawasan selamat, selain menutup semua sekolah dan kolej di daerah Surat sebagai langkah berjaga-jaga. – VIORY

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.