
KUALA LUMPUR, 6 Julai – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melawat sebuah sekolah menengah di Banting, Kuala Langat susulan insiden seorang pelajar tingkatan tiga dipercayai ditikam seorang pelajar.
- KPM telah ambil langkah keselamatan menyeluruh untuk menangani insiden.
- Mangsa diberi rawatan perubatan sewajarnya.
- Sistem sokongan psikososial disediakan untuk warga sekolah.
- Orang ramai diminta tidak menyebarkan laporan palsu sementara siasatan polis berlangsung; perkembangan akan dimaklumkan.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan semua langkah keselamatan telah diambil dengan tumpuan memastikan mangsa diberi rawatan perubatan sewajarnya, selain memastikan sistem sokongan psikososial kepada warga sekolah.
Beliau dalam masa sama mengharapkan orang ramai tidak menyebarkan laporan palsu atau merekayasa fitnah memandangan kes masih dalam siasatan pihak polis.
Menteri Pendidikan turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dan menyatakan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dengan kebenaran pihak berkuasa.