Wimbledon: Osaka kejutkan Sabalenka, mara ke suku akhir

Naomi Osaka menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka untuk mara ke suku akhir Wimbledon – Foto AFP

LONDON, 6 Julai – Naomi Osaka mengejutkan pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka dengan kemenangan 6-2, 7-6 (7/2) untuk melangkah ke suku akhir kejohanan Wimbledon buat kali pertama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Osaka kini dibimbing semula oleh Tomasz Wiktorowski, jurulatih yang pernah melatih Iga Swiatek.
  • Dia mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu dan membawa momentum itu ke musim 2026.
  • Setakat ini, Osaka belum tewas walaupun satu set dalam empat perlawanan pertamanya di Wimbledon.
  • Pilihan ke-14, dia semakin serasi di gelanggang rumput dan akan menentang Karolina Muchova bagi tempat ke separuh akhir.

Osaka menebus kekalahan straight set kepada Aryna Sabalenka di pusingan 16 terbaik Terbuka Perancis pada Jun lalu apabila menyingkirkan juara Grand Slam sebanyak empat kali itu dengan persembahan cemerlang di Centre Court.

Kali terakhir Osaka memenangi gelaran Grand Slam ialah pada Terbuka Australia lima tahun lepas.

Dengan bimbingan semula Tomasz Wiktorowski yang pernah melatih Iga Swiatek, bintang Jepun berusia 28 tahun itu mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu dan membawa momentum itu ke musim 2026.

Setakat ini, Osaka belum pernah tewas walaupun satu set dalam dalam empat perlawanan pertamanya di Wimbledon.

Turun selaku pilihan ke-14, dia kini tampak lebih serasi bermain di gelanggang rumput.

Osaka seterusnya akan menentang pilihan ke-10 dari Republik Czech, Karolina Muchova bagi perebutan tempat ke separuh akhir. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.