FIFA gantung kad merah Balogun

Penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun (kanan) dilayangkan kad merah kerana terpijak kaki pemain Bosnia, Tarik Muharemovic ketika aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 – Foto AFP

LOS ANGELES, 6 Julai – FIFA menggantung kad merah yang dilayangkan kepada Folarin Balogun dalam pertemuan antara Amerika Syarikat dengan Bosnia-Herzegovina dalam aksi pusingan 32 terakhir Piala Dunia.

RINGKASAN BERITA AI
  • FIFA menangguhkan pelaksanaan kad merah Balogun, membolehkan dia bermain menentang Belgium.
  • Keputusan dibuat oleh jawatankuasa disiplin FIFA, menyatakan penggantungan perlawanan ditangguhkan bagi tempoh percubaan setahun menurut Perkara 27.
  • Persatuan Bola Sepak Belgium (RBFA) menyatakan terkejut dan sedang meneliti pilihan susulan keputusan itu.
  • Presiden AS Donald Trump menghubungi Presiden FIFA, penggantungan kemudiannya dibatalkan oleh FIFA pada Ahad.

Keputusan tersebut membolehkan penyerang Amerika Syarikat itu bebas diturunkan dalam perlawanan pusingan 16 terbaik menentang Belgium pada pagi Selasa.

Perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa disiplin FIFA.

“Selaras dengan Perkara 27 Kod Tatatertib FIFA, pelaksanaan penggantungan perlawanan itu ditangguhkan bagi tempoh percubaan selama setahun.”

Balogun sebelum ini dilayangkan kad merah selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan dia terpijak kaki pemain lawan.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium (RBFA) menyatakan rasa “terkejut” terhadap keputusan FIFA tersebut.

RBFA turut memaklumkan pihaknya sedang meneliti semua pilihan yang ada susulan keputusan itu.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengucapkan terima kasih kepada FIFA susulan keputusan yang dibuat berhubung Balogun.

Menurut akhbar New York Times ,Trump dilaporkan menghubungi Presiden FIFA, Gianni Infantino dan meminta badan induk bola sepak dunia itu menyemak semula penggantungan Balogun.

Penggantungan itu kemudiannya dibatalkan oleh FIFA pada Ahad. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.