Pusat Konvensyen MPAJ jadi venue e-sukan SUKMA Selangor 2026

Hasrolnizam Shaari/RTM

AMPANG, 5 Julai- Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Taman Melawati akan menjadi venue pertandingan e-sukan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 24 Ogos ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerja penambahbaikan akhir sedang dilaksanakan untuk memastikan kelancaran penganjuran acara.
  • Pemilihan lokasi mengambil kira keselesaan atlet dan penyokong serta kemudahan sekitar seperti pusat membeli-belah dan kawasan lapang.
  • Jelajah larian obor disertai kira-kira 1,500 peserta; obor diserahkan antara majlis perbandaran sebagai simbol kesinambungan.

Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shaari berkata beberapa kerja penambahbaikan akhir sedang dilaksanakan bagi memastikan kelancaran penganjuran acara tersebut.

Beliau berkata pemilihan lokasi itu mengambil kira keselesaan atlet dan penyokong serta kemudahan sekitar kawasan Taman Melawati.

“Pusat Konvensyen MPAJ akan menjadi venue e-sukan dan lokasi ini bersebelahan pusat konvensyen. Kita telah memperkemas semula kemudahan bagi memastikan keselesaan atlet dan penyokong kerana kawasan sekitar turut mempunyai pelbagai aktiviti termasuk Melawati Mall serta kawasan lapang yang memeriahkan kejohanan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Jelajah Larian Obor SUKMA Selangor 2026 di Dataran Melawati yang disertai kira-kira 1,500 peserta.

Pada majlis itu, obor SUKMA diserahkan daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kepada MPAJ sebagai simbol kesinambungan jelajah sebelum diteruskan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.