
BAITULMAQDIS, 5 Julai – Tentera Israel pada Sabtu mendakwa telah menembak mati seorang pejuang Hizbullah di kawasan zon keselamatan di selatan Lubnan.
- Helikopter Israel melakukan serangan udara meluas di pinggir Majdal Zoun, melancarkan lima peluru berpandu ke arah perkampungan itu.
- Agensi Lubnan (NNA) tidak memperincikan sasaran khusus atau melaporkan angka korban setakat ini.
- Serangan Israel di perkampungan Mansouri mencederakan seorang individu; tentera juga menembak meriam di beberapa kawasan lain.
- Bulan lalu Lubnan dan Israel dilapor bersetuju dengan draf kerangka kerja tajaan Amerika Syarikat untuk menamatkan kekerasan secara kekal.
“Serangan dilakukan di kawasan Majdal Zoun di selatan Lubnan,” jelas pihak tentera zionis dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Agensi Berita Nasional (NNA) milik kerajaan Lubnan melaporkan sebuah helikopter Israel telah melakukan operasi serangan udara yang meluas di pinggir Majdal Zoun dan melancarkan lima peluru berpandu ke arah perkampungan tersebut.
Bagaimanapun, agensi media itu tidak memperincikan sasaran khusus mahupun melaporkan sebarang angka korban setakat ini.
NNA turut melaporkan bahawa satu lagi serangan Israel di perkampungan Mansouri telah mencederakan seorang individu, selain serangan meriam oleh tentera Israel di beberapa kawasan lain.
Bulan lalu, Lubnan dan Israel dilapor bersetuju dengan draf kerangka kerja tajaan Amerika Syarikat bertujuan membuka jalan ke arah penamatan kekerasan secara kekal.- AFP