IAEA belum peroleh kebenaran ke tapak nuklear Iran

Foto Reuters

AUSTRIA, 4 Julai – Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) belum memperoleh kebenaran untuk memasuki kemudahan nuklear Iran, meskipun permohonan rasmi berhubung perkara itu telah dihantar kepada pihak berkuasa Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • IAEA mengemukakan permohonan rasmi untuk menghantar semula pegawai pemeriksa ke tapak nuklear bagi menjalankan kerja pengesahan.
  • Agensi melaporkan bahan nuklear Iran kekal di kemudahan berkenaan berdasarkan pemerhatian menyeluruh dan rekod lokasi serta kuantiti stok.
  • Imej satelit dan alat pemantauan lain menunjukkan kemusnahan teruk di beberapa tapak, dengan jalan masuk terputus.
  • Iran tidak bercadang memberi akses; pemeriksaan hanya boleh dibincang dalam perjanjian muktamad dengan AS, selepas AS tarik balik sekatan.

Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Gross berkata, permohonan rasmi tersebut dibuat bagi membolehkan pegawai pemeriksa kembali ke tapak-tapak nuklear bagi menjalankan kerja-kerja pengesahan.

Walaupun akses masuk masih disekat, beliau memaklumkan pihaknya mendapati bahan nuklear Iran kekal berada dalam kemudahan berkenaan, berdasarkan pemerhatian menyeluruh yang dilaksanakan, selain agensi itu mempunyai rekod lengkap mengenai lokasi-lokasi penyimpanan serta kuantiti stok simpanan bahan nuklear tersebut.

Selain itu, berdasarkan imej satelit dan alat pemantauan lain turut menunjukkan kemusnahan teruk di beberapa tapak nuklear Iran, dengan jalan masuk ke sebahagian kemudahan itu telah terputus.

Pada 24 Jun lalu, Timbalan Menteri Luar Iran bagi Hal Ehwal Perundangan dan Antarabangsa, Kazem Gharibabadi, berkata pemeriksaan terhadap kemudahan nuklear Iran yang diserang, serta bahan nuklearnya hanya boleh dipertimbangkan dan dibincangkan dalam rangka perjanjian muktamad antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), serta dengan syarat pihak AS mengambil tindakan konkrit untuk menarik balik semua sekatan.

Katanya lagi, Iran buat masa ini tidak bercadang untuk memberikan akses kepada IAEA ke kemudahan nuklear yang diserang serta kawasan yang menempatkan bahan nuklear.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.