Tikam wartawan, dua lelaki warga Romania dipenjara

Hakim, Bobbie Cheema-Grubb membacakan keputusan kes di Mahkamah Mahkota Woolwich / Foto Reuters

LONDON, 4 Julai – Mahkamah Mahkota Woolwich menjatuhi hukuman penjara terhadap dua lelaki warga Romania, selepas mereka didapati bersalah kerana menikam seorang wartawan British yang bekerja dengan organisasi media berbahasa Parsi yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Nandito Badea dipenjara lapan tahun; George Stana dipenjara 12 tahun.
  • Hakim menyatakan serangan dilakukan demi kepentingan kuasa asing dan sebagai proksi kepada kerajaan Iran.
  • Wartawan Pouria Zaratifoukolaei ditikam tiga kali di kaki berhampiran kediaman pada Mac 2024, bekerja dengan Iran International.

Nandito Badea, 21, dikenakan tempoh penjara selama lapan tahun manakala, George Stana, 25, dikenakan penjara selama 12 tahun.

Hakim, Bobbie Cheema-Grubb, ketika membacakan hukuman berkata, kedua-dua tertuduh melakukan serangan terbabit, demi kepentingan kuasa negara asing.

Semasa prosiding perbicaraan, pihak pendakwa raya menyatakan, tiga suspek telah menyasarkan Pouria Zaratifoukolaei, dengan bertindak menikam di bahagian kaki mangsa sebanyak tiga kali dalam kejadian berhampiran kediaman mangsa pada Mac 2024.

Katanya lagi, tindakan tersebut dilakukan sebagai proksi kepada kerajaan Iran.

Seorang lagi suspek, David Andrei turut ditahan di Romania, namun tidak terlibat dalam perbicaraan berkenaan.

Wartawan warga British bekerja dengan organisasi media dikenali ‘Iran International’ yang dibiayai Arab Saudi, dikatakan sering mengkritik pentadbiran kerajaan Iran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.