Allegri ganti Conte sebagai ketua jurulatih Napoli

foto REUTERS

ROME, 3 Julai – Massimiliano Allegri dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Napoli bagi menggantikan Antonio Conte, umum kelab Serie A itu hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Allegri, 58, menandatangani kontrak tiga tahun bersama Napoli sehingga 2029.
  • Beliau pernah mengendalikan Juventus (2014-2019, 2021-2024) dan AC Milan (2010-2014, musim 2025/26).
  • Antonio Conte disebut calon utama untuk jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Itali selepas memenangi Serie A 2024/25.

Dalam satu kenyataan, Napoli memaklumkan Allegri, 58, menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab itu sehingga 2029.

“Napoli mengalu-alukan Massimiliano Allegri sebagai ketua jurulatih pasukan,” menurut kenyataan tersebut.

Allegri sebelum ini pernah membimbing Juventus pada 2014 hingga 2019 dan sekali lagi dari 2021 hingga 2024, selain mengendalikan AC Milan dari 2010 hingga 2014 serta musim 2025/26.

Bagaimanapun, beliau dipecat AC Milan selepas pasukan itu gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara UEFA musim depan.

Sejak berakhirnya musim lalu, sembilan daripada 20 kelab Serie A telah menukar ketua jurulatih, termasuk Napoli, AC Milan yang melantik Ruben Amorim dari Portugal, Atalanta yang mendapatkan Maurizio Sarri, serta Fiorentina yang memilih Fabio Grosso.

Conte, yang membawa Napoli muncul juara Serie A musim 2024/25, kini disebut-sebut sebagai calon utama untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih skuad kebangsaan Itali.

Bekas pemain antarabangsa Itali itu pernah mengendalikan pasukan kebangsaan dari 2014 hingga 2016 dan membawa mereka mara ke suku akhir Euro 2016 sebelum tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Jerman. – AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.