
KUALA LUMPUR, 3 Julai – Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun petunjuk bercampur-campur daripada Wall Street semalaman, disokong oleh saham pengguna berikutan penurunan harga minyak mentah mendorong jangkaan tekanan inflasi akan berkurangan, kata peniaga.
- Pasaran menyeluruh negatif; kaunter rugi 159 mengatasi kaunter untung 151, 265 tidak berubah, 2,075 tidak diniagakan.
- Jumlah dagangan 155.40 juta saham bernilai RM67.68 juta.
- Maybank dan CIMB meningkat; Public Bank, Tenaga dan IHH merekodkan kejatuhan; Nestle antara paling rugi.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.65 mata atau 0.22 peratus kepada 1,665.48 daripada 1,661.83 semasa ditutup pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.90 mata kepada 1,665.73.
Pasaran secara menyeluruh negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 159 berbanding 151 manakala 265 kaunter tidak berubah, 2,075 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 155.40 juta saham bernilai RM67.68 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd memaklumkan ekuiti AS ditutup bercampur-campur semalaman berikutan saham sektor cip yang kurang menggalakkan mengatasi kenaikan yang didorong oleh petunjuk pasaran tenaga kerja yang lemah.
Menurutnya, harga minyak mentah Brent kekal pada US$71 setong dalam ketegangan geopolitik yang mereda.
“Dengan Wall Street ditutup hari ini, kami menjangka jumlah dagangan di bursa tempatan akan kekal perlahan,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 10 sen kepada RM10.84 dan CIMB menambah lima sen kepada RM7.50 manakala Public Bank menurun dua sen kepada RM4.82, Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM14.22 dan IHH Healthcare berkurangan satu sen kepada RM8.16.
Bagi saham aktif, Eckem Holdings yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat setengah sen kepada 12.5 sen, Notion naik tujuh sen kepada 54 sen manakala Senheng dan Top Glove, masing-masing menurun setengah sen kepada 14.5 sen dan 67 sen. Velocity tidak berubah pada tujuh sen.
Kaunter paling untung ialah Binastra meningkat 10 sen kepada RM2.16, Tradeplus, Hong Leong Bank dan Hong Leong Financial, masing-masing naik lapan sen kepada RM5.22, RM21.42 dan RM18.48. Press Metal menambah enam sen kepada RM7.59.
Kaunter paling rugi ialah Nestle menurun 52 sen kepada RM91.48, Malaysian Pacific Industries berkurangan 46 sen kepada RM47.60, KL Kepong merosot 24 sen kepada RM20.72, United Plantations menyusut 20 sen kepada RM33.28 dan UWC menurun 14 sen kepada RM6.31.
Indeks FBM Emas naik 21.89 mata kepada 12,372.56, Indeks FBM Top 100 meningkat 21.50 mata kepada 12,201.13 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 5.54 mata kepada 12,210.59.
Indeks FBM Mid 70 meningkat 9.00 mata kepada 17,793.69 dan Indeks FBM ACE naik 1.58 mata kepada 4,855.03.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 81.18 mata kepada 19,707.41, Indeks Perladangan menurun 22.64 mata kepada 8,865.76, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menokok 0.71 mata kepada 180.16 dan Indeks Tenaga naik 1.51 mata kepada 751.17.- BERNAMA