
TIJUANA, 1 Julai – Skuad bola sepak Iran mengucapkan penghargaan kepada Mexico selepas menamatkan kempen Piala Dunia FIFA 2026 dengan menyifatkan negara itu sebagai “rumah kedua” mereka.
- Iran menjadikan Tijuana pangkalan sepanjang kejohanan selepas menghadapi masalah visa dan sekatan masuk ke Amerika Syarikat.
- Ketua jurulatih Amir Ghalenoei meluangkan masa bertemu penyokong, menandatangani jersi, bola dan cenderamata.
- Persatuan Bola Sepak Iran mempersoal keadilan pertandingan akibat beberapa keputusan logistik dan penganjuran.
Iran menjadikan Tijuana sebagai pangkalan sepanjang kejohanan selepas berdepan masalah visa serta sekatan kemasukan ke Amerika Syarikat.
Sebelum berlepas, ketua jurulatih Amir Ghalenoei meluangkan masa bertemu penyokong tempatan selain menandatangani jersi, bola dan cenderamata.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Tijuana atas layanan mesra yang diberikan kepada pasukan.
“Hari ini kami meninggalkan Tijuana, tetapi hati dan jiwa kami akan sentiasa berada di sini. Kami amat berterima kasih atas layanan dan kebaikan yang diberikan kepada kami,” katanya.
Dalam masa sama, Persatuan Bola Sepak Iran turut mengeluarkan kenyataan rasmi menyifatkan Mexico sebagai simbol kemanusiaan, maruah dan penghormatan sepanjang kejohanan.
Bagaimanapun, Iran turut mempersoalkan aspek keadilan pertandingan dengan mendakwa beberapa keputusan logistik dan penganjuran memberi kesan terhadap kesaksamaan saingan, khususnya pada aksi terakhir peringkat kumpulan. – REUTERS