
MEXICO CITY, 1 Julai– Sekurang-kurangnya dua orang maut ketika sambutan besar-besaran kemenangan Mexico selepas pasukan itu mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia FIFA 2026.
- Mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 19 tahun dan seorang lelaki berusia 44 tahun.
- Kementerian Kesihatan mengesahkan kedua-duanya meninggal dunia akibat sesak nafas.
- Lebih sejuta penyokong berhimpun sekitar Monumen Angel of Independence selepas Mexico tewaskan Ecuador.
Mangsa terdiri daripada seorang wanita dan lelaki, masing-masing berusia 19 dan 44 tahun.
Menurut Kementerian Kesihatan, kedua-duanya disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.
Pihak berkuasa bagaimanapun belum mengesahkan laporan media tempatan mengenai kematian seorang lagi individu.
Sambutan itu tercetus selepas Mexico menewaskan Ecuador untuk meraih kemenangan pertama di pusingan kalah mati Piala Dunia sejak 1986.
Kejayaan itu turut memastikan negara tuan rumah bersama itu mara ke pusingan 16 terakhir.
Menurut anggaran pihak berkuasa, lebih sejuta orang berhimpun di jalan-jalan utama, terutama di sekitar Monumen Angel of Independence bagi meraikan kemenangan berkenaan. -AFP