Jumlah aduan konflik manusia-gajah di Johor berkurangan

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Sebanyak 600 aduan konflik manusia dan gajah di Johor direkodkan pada 2025, berbanding sebanyak 900 aduan pada tahun sebelumnya, sekali gus mencatatkan penurunan lebih 30 peratus dalam tempoh dua tahun berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trend penurunan aduan diteruskan dengan 147 aduan direkodkan bagi Januari hingga Mei.
  • Penurunan disifatkan hasil pelaksanaan pelbagai langkah mitigasi konflik manusia dan gajah.
  • Peruntukan RM600,000 bagi EFT 2025 hingga 2026 untuk memperkukuh pengurusan dan inisiatif biodiversiti menunjukkan impak positif.
  • RM900,000 disalurkan bawah Pelan Hala Tuju Strategik Desa Johor termasuk penubuhan Komuniti Pelindung Hidupan Liar di lima kampung.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, trend penurunan jumlah aduan terus direkodkan tahun ini, apabila sebanyak 147 aduan diterima bagi tempoh Januari hingga Mei.

Jelasnya, trend penurunan berturut-turut itu, hasil pelaksanaan pelbagai langkah mitigasi.

“Bagi tempoh 2025 hingga 2026, sebanyak RM600,000 diperuntukkan bagi program ‘Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation’ (EFT) bagi memperkukuh pengurusan konflik manusia dan gajah melalui pelbagai inisiatif.

“Pelaksanaan pelbagai insiaitif di bawah EFT ini telah menunjukkan impak yang positif dalam mengurangkan konflik manusia dan gajah di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dikemukakan Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berhubung keberkesanan dana tambahan EFT dan program komuniti PERHILITAN dalam mengurangkan konflik manusia dan gajah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, RM900,000 lagi turut disalurkan bagi melaksanakan program mitigasi konflik manusia dan hidupan liar di bawah Pelan Hala Tuju Strategik Desa Negeri Johor termasuk penubuhan Komuniti Pelindung Hidupan Liar di lima kampung di kawasan berisiko.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.