Trump ancam tarif 100 peratus kepada negara laksana cukai perkhidmatan digital

Foto REUTERS 

WASHINGTON, 27 Jun – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengancam akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas import dari mana-mana negara yang melaksanakan cukai perkhidmatan digital, yang menurutnya menyasarkan syarikat-syarikat Amerika.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump mengancam tarif 100 peratus ke atas barangan dari negara yang melaksanakan cukai perkhidmatan digital.
  • Kenyataan dibuat menerusi hantaran di Truth Social; beberapa negara Eropah hampir melaksanakan cukai terbabit.
  • Tarif 100 peratus akan mengatasi semua perjanjian perdagangan dan dikenakan serta-merta jika cukai itu diteruskan.

Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump berkata beberapa negara Eropah sedang membincangkan pelaksanaan cukai perkhidmatan digital terhadap syarikat AS dalam masa terdekat, malah ada yang hampir melaksanakannya.

“Sesetengah negara ini hampir melaksanakan cukai itu.

“Biar kenyataan ini menjadi makluman bahawa mana-mana negara yang mengenakan cukai sedemikian akan segera dikenakan tarif 100 peratus ke atas semua barangan yang dihantar ke Amerika Syarikat,” katanya.

Trump berkata tarif itu akan mengatasi mana-mana perjanjian perdagangan yang dimeterai dengan negara terbabit, sama ada yang telah dilaksanakan, ditandatangani atau belum dimuktamadkan.

“Selain itu, tarif 100 peratus itu akan dikenakan serta-merta sekiranya mereka meneruskan pelaksanaan cukai terbabit,” katanya. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.