Piala Dunia: Mbappe-Haaland warnai aksi penentuan Kumpulan I

Foto AFP

LOS ANGELES, 26 Jun – Pertembungan dua penyerang sensasi dunia, Kylian Mbappe dan Erling Haaland, menjadi fokus utama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perancis hanya perlukan seri untuk muncul juara Kumpulan I, disebabkan kelebihan perbezaan jaringan setelah menang ke atas Senegal dan Iraq.
  • Norway tunjuk aksi cemerlang, menewaskan Iraq 4-1 dan Senegal 3-2, bukan lawan mudah.
  • Persiapan Perancis terganggu selepas Didier Deschamps meninggalkan kem; penolong jurulatih Guy Stephan mengambil alih tugas.

Apabila Perancis menentang Norway dalam aksi penentuan Kumpulan I Piala Dunia 2026, awal pagi Sabtu waktu Malaysia.

Kedua-dua pemain berada pada prestasi terbaik, masing-masing sudah menjaringkan empat gol setakat ini, hanya ketinggalan satu gol di belakang pendahulu penjaring terbanyak, Lionel Messi.

Perancis dilihat memiliki kelebihan tipis selepas mencatat kemenangan bergaya ke atas Senegal dan Iraq, selain kelebihan perbezaan jaringan yang membolehkan mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk muncul juara kumpulan.

Namun, Norway bukan lawan mudah apabila turut mempamerkan aksi cemerlang dengan menewaskan Iraq 4-1 sebelum menundukkan Senegal 3-2.

Haaland yang membuat penampilan sulung di Piala Dunia terus mencuri perhatian dengan gaya permainan agresif dan berani, sekali gus mampu menguji keutuhan benteng pertahanan Perancis yang berpengalaman.

Walaupun mengakui Perancis sebagai pasukan pilihan, penyerang berusia 25 tahun itu tetap berbangga dengan pencapaian Norway setakat ini dan tidak gentar berdepan cabaran tersebut.

Persiapan Perancis bagaimanapun sedikit terganggu apabila ketua jurulatih Didier Deschamps terpaksa meninggalkan kem sementara pasukan susulan pemergian ibunya. Tugas beliau kini dipikul oleh penolong jurulatih, Guy Stephan.

Dalam perkembangan lain, Sepanyol berpeluang mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan H jika sekurang-kurangnya seri menentang Uruguay, yang masih memburu slot ke pusingan 32 terbaik.

Cape Verde pula bertekad meneruskan kejutan apabila berdepan Arab Saudi, manakala dalam Kumpulan G, Mesir dan Iran akan berentap dalam perlawanan yang turut dihimpit kontroversi berkaitan sambutan Pride di Seattle.

Belgium pula mengharapkan kemenangan ke atas New Zealand untuk mara ke peringkat kalah mati, yang sekali gus boleh menamatkan peluang Scotland.

Sementara itu, Ecuador mengisytiharkan cuti umum selepas kejayaan menewaskan Jerman 2-1 sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.