21 pasukan berentap rebut juara Kejohanan Sepak Takraw RTM Piala Ketua Pengarah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 November – Pasukan Tebuan A dari Radio Televisyen Malaysia (RTM), Angkasapuri muncul juara keseluruhan bagi Kejohanan Sepak Takraw RTM Piala Ketua Pengarah yang julung kali dianjurkan di Angkasapuri, di sini, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejohanan menghimpunkan 105 kakitangan RTM dari ibu pejabat, Zon Selatan dan Zon Timur.
  • Ketua Pengarah RTM, Datuk Ashwad Ismail, merasmikan kejohanan dan beraksi untuk pasukan Zon Timur A.
  • Penganjuran menggalakkan riadah sihat, merapatkan hubungan kakitangan dan meneruskan warisan sepak takraw.

Kejayaan itu membolehkan pasukan berkenaan membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM600 serta medal.

Tempat kedua pula menjadi milik pasukan STR Kajang yang menerima wang tunai RM400 berserta medal, manakala pasukan Tebuan B dari RTM Angkasapuri menduduki tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM250 serta medal.

Kejohanan anjuran Kelab Sepak Takraw RTM Angkasapuri dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Angkasapuri itu menyaksikan sebanyak 21 pasukan bersaing bagi merebut gelaran juara.

Acara berkenaan turut menghimpunkan seramai 105 peserta terdiri daripada warga kerja Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ibu Pejabat, RTM Zon Selatan dan RTM Zon Timur.

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ashwad Ismail yang turut memeriahkan saingan apabila turun gelanggang beraksi mewakili pasukan Zon Timur A.

Penganjuran acara berkenaan menjadi wadah dalam menggalakkan aktiviti riadah yang sihat dan bermanfaat dalam kalangan warga kerja agensi penyiaran tersebut.

Selain berperanan merapatkan hubungan sesama kakitangan, penganjuran sukan sebegini turut mencerminkan komitmen jabatan dalam usaha membudayakan sukan rakyat, sekali gus meneruskan warisan sukan sepak takraw.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.