NSFC lantik jurulatih baharu dari Sepanyol

Foto FB Negeri Sembilan Football Club

SEREMBAN, 26 Jun – Negeri Sembilan FC (NSFC) mengumumkan pelantikan jurulatih dari Sepanyol, Daniel Gimenez Alcaniz sebagai ketua jurulatih baharu bagi menghadapi musim 2026/2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemilihan jurulatih dilakukan selepas penilaian teliti; beliau dianggap calon paling sesuai untuk memacu projek pembangunan bola sepak kelab.
  • Pengalaman luas jurulatih di pelbagai negara dan penglibatan di pentas antarabangsa antara faktor utama pemilihan.
  • Kelab mahu pasukan bermain bola sepak moden, berorganisasi taktikal mantap dan memberi ruang kepada pemain muda berkembang.
  • Jurulatih memiliki Lesen UEFA Pro, rekod membangunkan bakat muda dan membantu pasukan meraih kejayaan domestik serta antarabangsa.

Pengerusi NSFC, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pelantikan itu dibuat selepas melalui proses penilaian teliti dan dilihat sebagai calon paling sesuai untuk memacu projek pembangunan bola sepak kelab berkenaan.

Menurut beliau, pengalaman luas Giménez di pelbagai negara serta penglibatan di pentas antarabangsa menjadi antara faktor utama pemilihan, selain falsafah bola sepak moden yang selari dengan identiti NSFC.

“Kelab mahu membentuk pasukan yang berani bermain bola sepak moden, memiliki organisasi taktikal yang mantap serta memberi ruang kepada pemain muda untuk berkembang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Aminuddin, rekod jurulatih berusia 42 tahun itu dalam membangunkan bakat muda dan memaksimumkan potensi pemain turut menjadi kelebihan besar, khususnya dalam usaha membina kekuatan jangka panjang pasukan.

Gimenez yang memiliki Lesen UEFA Pro sebelum ini pernah membimbing beberapa kelab di Asia Barat dan Afrika, selain membantu pasukan meraih kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau yakin pengalaman, kepakaran dan kepimpinan Gimenez mampu membantu NSFC mencapai sasaran ditetapkan serta membawa kelab ke tahap lebih membanggakan.

NSFC sebelum ini merupakan antara pasukan bersejarah bola sepak Malaysia dengan beberapa kejayaan termasuk kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.