
LOUTRAKI, 25 Jun – Thierry Neuville mencatat masa terpantas pada sesi ujian shakedown EKO Rali Acropolis Greece pada Khamis, sekali gus memberikan suntikan semangat kepada pasukan Hyundai Shell Mobis World Rally Team menjelang separuh kedua musim yang penuh cabaran di laluan berkerikil.
- Adrien Fourmaux tamat shakedown ketiga dengan i20 N Rally1, dua saat di belakang pendahulu.
- Oliver Solberg dari Toyota Gazoo Racing melengkapkan kedudukan empat terbaik sesi shakedown.
- Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis hadir dan duduk sebagai pembantu pemandu dalam Toyota GR Yaris berkuasa hidrogen.
Pemandu dari Belgium itu mengetepikan Sebastien Ogier dari Toyota Gazoo Racing dengan kelebihan hanya 0.1 saat dalam sesi ujian pra-acara tersebut, ketika pasukan bersiap menghadapi siri tujuh pusingan berturut-turut di laluan kerikil.
Rakan sepasukan Neuville, Adrien Fourmaux, turut menampilkan prestasi memberangsangkan apabila menamatkan sesi di tempat ketiga dengan jentera i20 N Rally1, dua saat di belakang pendahulu.
Oliver Solberg dari Toyota Gazoo Racing melengkapkan kedudukan empat terbaik dalam sesi shakedown berkenaan.
Acara itu turut menerima perhatian tinggi apabila Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, hadir pada Rabu untuk meninjau pentas super khas sebelum perlumbaan rasmi bermula.
Beliau turut mencuri tumpuan apabila duduk sebagai pembantu pemandu (co-driver) dalam jentera Toyota GR Yaris yang menggunakan kuasa hidrogen.
EKO Rali Acropolis Greece dijadual bermula secara rasmi pada hujung minggu ini. – REUTERS