Nuklear satu-satunya cara hadapi ancaman -Kim Jong Un

Foto AFP

PYONGYANG, 23 Jun – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menegaskan bahawa memperkukuh kedudukan negara itu sebagai sebuah kuasa nuklear merupakan satu-satunya cara untuk mendepani situasi keselamatan global yang semakin rumit dan sukar diramal.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menuduh AS dan Korea Selatan sengaja mengeruhkan keselamatan Semenanjung Korea melalui peningkatan keupayaan nuklear bersama.
  • Mengatakan tindakan provokasi sekutu itu bertujuan melancarkan serangan ke atas Korea Utara.
  • Menegaskan perlunya memperluas dan memperkukuh kekuatan nuklear serta menggunakan status bersenjata nuklear sepenuhnya.

Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA memetik ucapan Jong Un yang menuduh Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan sengaja mengeruhkan situasi keselamatan di Semenanjung Korea melalui peningkatan berterusan keupayaan nuklear gabungan kedua-dua negara berkenaan.

Beliau mendakwa tindakan provokasi oleh pihak sekutu itu tidak mempunyai matlamat lain melainkan untuk melancarkan serangan ke atas Korea Utara.

“Untuk terus memperluas dan memperkukuh kekuatan nuklear… serta menggunakan sepenuhnya kedudukan sebagai negara bersenjata nuklear adalah cara paling betul dan unik untuk menangani situasi ketenteraan dan politik antarabangsa yang semakin rumit,” katanya. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.