
VANCOUVER 22 JUN – Bekas penyerang Liverpool, Mohamed Salah menjadi wira Mesir selepas membantu skuad ‘The Pharaohs’ bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan New Zealand 3-1 pada aksi kumpulan G pagi tadi.
- New Zealand membuka jaringan melalui tandukan Finn Surman pada minit ke-15.
- Mostafa Ziko menyamakan kedudukan untuk Mesir pada minit ke-58.
- Mohamed Salah menjaringkan gol pada minit ke-67 dan memberikan sepakan penjuru untuk gol Trezeguet pada minit ke-82.
- Kemenangan melonjakkan pasukan kendalian Hossam Hassan ke tangga pertama kumpulan dengan empat mata, New Zealand tercorot satu mata.
Dalam perlawanan di Stadium Vancouver tersebut, New Zealand terlebih dahulu membuka tirai jaringan gol menerusi tandukan pemain pertahanan, Finn Surman pada minit ke-15 perlawanan.
Mesir berjaya menyamakan kedudukan hasil percubaan pemain sayap, Mostafa Ziko pada minit ke-58, diikuti gol kedua yang dijaringkan Salah pada minit ke-67.
Penyerang gantian, Trezeguet kemudiannya menanduk masuk gol ketiga Mesir berpunca daripada sepakan penjuru yang disempurnakan Salah pada minit ke-82 perlawanan.
Kemenangan membolehkan skuad bimbingan Hossam Hassan itu melonjak ke tangga pertama kumpulan dengan empat mata.
Manakala New Zealand berada di kedudukan tercorot dengan satu mata.