Alibaba.com perkasa PMKS Malaysia melalui AI, perluas eksport global

Roger Ro

KUALA LUMPUR , 16 Oktober – Kerjasama antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dengan Alibaba.com penting dalam membantu perniagaan tempatan menembusi pasaran global, khususnya dalam industri halal, menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan platform perdagangan digital.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama kerajaan, institusi kewangan dan rakan ekosistem mampu bantu produk Malaysia menembusi pasaran antarabangsa.
  • Alibaba perkenal AI Smart Assistant dan ejen pintar untuk menyokong keperluan perniagaan harian.
  • AI perlu lebih daripada menjawab soalan; ia mesti membantu perniagaan mengambil tindakan.
  • Teknologi bertindak seperti pasukan berkuasa AI, menyokong pemasaran, penyelidikan, perancangan dan penghasilan kandungan.

Pengarah Alibaba.com bagi Asia Selatan dan Asia Tenggara, Roger Luo berkata, kerjasama antara kerajaan, institusi kewangan dan rakan ekosistem dapat membantu lebih banyak produk Malaysia menembusi pasaran antarabangsa.

“Kami percaya AI perlu melakukan lebih daripada sekadar menjawab soalan, sebaliknya membantu perniagaan mengambil tindakan. Sebab itu, kami memperkenalkan AI Smart Assistant dan ejen pintar.

“Ia membantu perniagaan dalam urusan harian, merangkumi pemasaran, penyelidikan, perancangan perniagaan hingga penghasilan kandungan pemasaran. Teknologi itu ibarat sebuah pasukan berkuasa AI yang menyokong keperluan perniagaan anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang kemuncak B2B AI Sailor Summit di ibu negara hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.