
JOHOR BAHRU, 20 Jun – Sebanyak RM4.3 juta diperuntukkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi pembinaan blok tambahan tiga tingkat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Rini di sini.
- Projek pembinaan dijangka siap dalam tempoh 52 minggu dan diserahkan kepada KPM pada suku kedua tahun hadapan.
- Kemudahan termasuk lapan bilik darjah, bilik guru, bilik reka bentuk dan teknologi, bilik ICT, bilik pemulihan, bilik kesihatan dan tandas lebih selesa.
- Yayasan Didik Negara bekerjasama memastikan sekolah tersenarai mendapat peruntukan bagi pembinaan.
- Menteri menafikan dakwaan penutupan sekolah vernakular dan menyatakan sokongan terhadap pemerkasaan penggunaan bahasa Tamil.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, projek pembinaan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 52 minggu sebelum diserahkan kepada KPM pada suku kedua tahun hadapan.
Ia merangkumi lapan bilik darjah, bilik guru, bilik reka bentuk dan teknologi, bilik teknologi maklumat dan komunikasi, bilik pemulihan, serta bilik kesihatan dan kemudahan tandas yang lebih selesa untuk kegunaan pelajar.
“Dengan usahasama Yayasan Didik Negara, kita telahpun beberapa kali memberikan tumpuan bagi memastikan bahawa SJKT Ladang Rini dan sekolah-sekolah yang termasuk dalam senarai ini khususnya mendapat peruntukan untuk pembinaan,” katanya ketika melakukan lawatan kerja ke sekolah terbabit hari ini.
Sementara itu, Fadhlina menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan kerajaan bakal menutup sekolah-sekolah vernakular, sebalikya menyatakan sokongan terhadap usaha pemerkasaan pengunaan bahasa Tamil dalam kalangan pelajar.