Mexico pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati

Romo menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-50. Foto/AFP

GUADALAJARA, 19 JUN – Mexico menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan kalah mati kempen Piala Dunia 2026 selepas mengatasi Korea Selatan 1-0 sebentar tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mexico mendahului Kumpulan A dengan enam mata selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut.
  • Luis Romo menjaringkan gol tunggal pada minit ke-50 menerusi rembatan masuk bola muntah.
  • Mexico akan menentang Republic Czech pada 25 Jun; Korea Selatan dijadual bertemu Afrika Selatan.

Kemenangan membolehkan skuad bimbingan Javier Aguirre itu menungguli carta kumpulan A dengan enam mata selepas merekodkan dua kemenangan berturut-turut.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Guadalajara itu, gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain tengah, Luis Romo pada minit ke-50 selepas merembat masuk bola muntah yang gagal diselamatkan penjaga gol, Kim Seung-gyu.

Korea Selatan pula berada ditangga kedua dengan tiga mata.

Mexico dijadual menentang Republic Czech 25 Jun ini, manakala Korea Selatan yang masih berpeluang meloloskan diri ke pusingan seterusnya akan menentang Afrika Selatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.