Piala Dunia : Colombia tewaskan Uzbekistan 3-1

Colombia berada di tangga teratas Kumpulan K, sementara Uzbekistan menghuni tangga tercorot

MEXICO CITY, 18 Jun – Colombia menundukkan pendatang baharu Piala Dunia, Uzbekistan, 3-1 menerusi perlawanan pembukaan Kumpulan K.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hantaran lambung Luis Diaz membolehkan Daniel Munoz menjaringkan gol pada minit ke-40.
  • Abbosbek Fayzullaev menyamakan kedudukan dengan tandukan, gol sulung Uzbekistan di Piala Dunia.
  • Luis Diaz kemudian mengembalikan kelebihan Colombia dengan rembatan yang menewaskan penjaga gol Utkir Yusupov.
  • Jaminton Campaz memastikan kemenangan lewat melalui tandukan, meletakkan Colombia di tangga teratas Kumpulan K.

Di hadapan lebih 80,000 penonton, Luis Diaz cemerlang memastikan Colombia menangkis tentangan sengit Uzbekistan.

Hantaran lambung hebat Diaz membolehkan Daniel Munoz melakukan voli untuk membuka jaringan pada minit ke-40.

Namun, Abbosbek Fayzullaev menyamakan kedudukan menerusi gol sulung Uzbekistan, pada Piala Dunia apabila pantas menanduk masuk bola muntah hasil voli Eldor Shomurodov yang berjaya ditepis penjaga gol.

Diaz kemudian mengembalikan kelebihan Colombia apabila rembatannya berjaya menewaskan penjaga gol Uzbekistan, Utkir Yusupov.

Pada saat-saat akhir permainan, Jaminton Campaz memastikan kemenangan Colombia dengan gol ketiga menerusi tandukan.

Kemenangan itu meletakkan Colombia di tangga teratas Kumpulan K, sementara Uzbekistan menghuni tangga tercorot.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.