Nafuzi Zain tinggalkan skuad B-23

Foto Facebook Malaysia NT

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Bekas ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan, Nafuzi Zain mengumumkan pengundurannya daripada pasukan itu selepas kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ditamatkan atas persetujuan bersama.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan meninggalkan skuad B-23 bukan mudah kerana pasukan begitu dekat di hatinya.
  • Beliau merakamkan penghargaan kepada pengurusan, staf sokongan, pemain dan penyokong atas sokongan tidak berbelah bahagi.
  • Yakin skuad B-23 mempunyai potensi besar, bakat pemain muda menjadikan mereka aset penting pada masa hadapan.

Nafuzi menerusi kenyataan mengakui keputusan untuk meninggalkan skuad B-23 bukan sesuatu yang mudah memandangkan pasukan tersebut amat dekat di hatinya sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan, barisan staf sokongan, pemain serta penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat sepanjang beliau mengendalikan pasukan.

“Saya mengumumkan pengunduran saya sebagai Ketua Jurulatih skuad B-23. Semestinya bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada sebuah pasukan yang begitu dekat di hati.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perjalanan karier saya, khususnya pihak pengurusan, staf sokongan, pemain dan penyokong yang sentiasa berada di belakang saya memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi,” menurut kenyataan itu.

Nafuzi pada masa sama yakin skuad B-23 negara memiliki potensi besar untuk terus berkembang dan mencipta kejayaan menerusi bakat pemain muda yang ada ketika ini.

“Saya yakin pasukan ini akan terus berkembang dan meraih kejayaan dengan bakat serta potensi pemain muda yang ada sekali gus menjadikan mereka aset penting pada masa hadapan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.