
KOTA BHARU, 17 Jun – Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
- Majlis berlangsung di Istana Kota Lama bermula kira-kira 5 petang semalam.
- Sesi bertujuan menyembah maklum mengenai perkembangan terkini dan laporan berkaitan skop tugas Kementerian Komunikasi.
- Perkara utama dipersembahkan: gejala akaun palsu, penyebaran berita palsu dan kandungan negatif terhadap institusi diraja.
- Majlis kira-kira sejam, disertai pegawai kanan serta diakhiri dengan sesi ramah mesra, cenderamata dan sesi bergambar bersama jemputan.
Majlis berkenaan berlangsung di Istana Kota Lama di sini, dan bermula pada 5 petang, semalam.
Media Pejabat Sultan Kelantan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, sesi berkenaan bertujuan menyembah maklum kepada baginda mengenai perkembangan terkini serta laporan berkaitan skop tugas Kementerian Komunikasi.
Antara perkara utama yang dipersembahkan termasuk isu-isu semasa dan gejala akaun palsu, yang semakin berleluasa dalam media sosial, khususnya melibatkan penyebaran berita palsu serta kandungan negatif berkaitan institusi diraja.
Dalam majlis yang berlangsung kira-kira sejam itu, Tengku Muhammad Fakhry turut berkenan menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Fahmi.
Turut hadir pada majlis berkenaan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Komunikasi Mohamad Asif Afifi Mohd Yusof, Pegawai Pengiring kepada Menteri Komunikasi Tuan Ahmad Afifi Hamdan Tuan Aziz serta petugas Pejabat Menteri Komunikasi.
Majlis itu turut dihadiri oleh pegawai kanan dari Pejabat Sultan Kelantan, dan diakhiri dengan sesi ramah mesra serta sesi bergambar bersama para dif jemputan.
– BERNAMA