
KANSAS CITY, 17 Jun -Ketua pasukan Argentina, Lionel Messi menyifatkan kejayaannya bergelar penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia pada penampilan edisi keenamnya sebagai satu “detik terindah”.
- Ledakan hatrik menjadikan Messi sebaris Miroslav Klose, 16 gol keseluruhan dalam sejarah Piala Dunia.
- Menghayati momen itu bersama keluarga dan rakan sepasukan, menyifatkannya amat bermakna dan menggembirakan.
- Berterima kasih kepada ribuan penyokong Argentina yang membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu tanpa henti.
Kejayaan meledak hatrik di pentas Piala Dunia menyaksikan bintang Inter Miami itu kini sebaris dengan legenda Jerman, Miroslav Klose, sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah kejohanan dengan 16 gol keseluruhan.
“Dapat menikmati detik ini bersama keluarga saya, rakan sepasukan, dan mereka yang sentiasa ada di sisi, ia amat bermakna dan merupakan satu detik yang sangat indah. Saya gembira,” kata Messi selepas perlawanan.
Dalam pada itu, Messi turut menzahirkan penghargaan kepada ribuan penyokong setia Argentina yang membanjiri stadium bagi memberikan sokongan padu tanpa henti.
“Saya sangat berterima kasih kepada para peminat, kerana sekali lagi mereka membuktikan bahawa rakyat Argentina sangat gilakan bola sepak dan kami berjaya memenuhkan stadium ini sekali lagi,” ujarnya. – AFP