Jepun mahu jaminan laluan selamat di Selat Hormuz

Pandangan dron menunjukkan kapal-kapal di Selat Hormuz, seperti yang dilihat dari Musandam, Oman / foto Reuters

TOKYO, 15 Jun – Jepun menyambut baik Perjanjian Damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang bertujuan menamatkan permusuhan antara kedua-dua negara terbabit.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan berharap perjanjian dilaksanakan berperingkat dan konsisten, termasuk pembukaan semula Selat Hormuz kepada kapal antarabangsa.
  • Kerajaan menekankan perlunya jaminan laluan perkapalan di Selat Hormuz kekal selamat dan bebas secara praktikal.
  • Sehingga kini belum ada keputusan mengenai penempatan Pasukan Pertahanan Diri Jepun ke kawasan Selat Hormuz.

Perjanjian itu diharap dapat dijalankan secara berperingkat dan konsisten, termasuk pembukaan semula Selat Hormuz kepada kapal antarabangsa.

Jurucakap kerajaan Jepun, Minoru Kihara, berkata perjanjian itu dianggap sebagai satu langkah penting ke arah penyelesaian situasi di Asia Barat.

Bercakap dalam taklimat media di Tokyo pada Isnin, beliau berkata kerajaan Jepun berharap perjanjian berkenaan dapat dilaksanakan dengan stabil serta memastikan laluan perkapalan di Selat Hormuz kekal selamat dan bebas.

“Kami amat berharap perjanjian ini dilaksanakan dengan baik, dengan jaminan laluan selamat dan bebas di Selat Hormuz secara praktikal, dan perjanjian muktamad mengenai isu nuklear Iran serta perkara lain dapat dicapai secepat mungkin,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai penempatan Pasukan Pertahanan Diri Jepun ke kawasan Selat Hormuz. – Reuters.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.