
GAZA, 15 Jun – Angka korban akibat konflik antara Israel dan Hamas di Gaza sejak 7 Oktober 2023 kini melepasi 73,000 orang pada Ahad.
- Pihak berkuasa kesihatan melaporkan jumlah kematian terus meningkat susulan operasi ketenteraan Israel yang masih berterusan di beberapa kawasan Gaza.
- Hospital Al-Shifa menerima empat mangsa maut dan beberapa lagi cedera, termasuk kritikal, selepas serangan udara ke atas Kem Pelarian Jabalia.
- Insiden berasingan: seorang Palestin maut ditembak di Khan Younis, dan serangan dron mencederakan seorang pemuda parah; krisis kemanusiaan berterusan.
Menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, jumlah kematian terus meningkat susulan operasi ketenteraan rejim Zionis yang masih berterusan di beberapa kawasan di wilayah Gaza.
Sementara itu, Hospital Al-Shifa di Gaza City memaklumkan pihaknya menerima empat mangsa yang maut serta beberapa lagi yang cedera, termasuk dalam keadaan kritikal, selepas serangan udara Israel ke atas Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.
Terdahulu, seorang rakyat Palestin dilaporkan maut selepas ditembak oleh tentera Israel di Khan Younis, selatan Gaza.
Dalam insiden berasingan, sebuah dron Israel melancarkan serangan ke atas kawasan kediaman di kawasan sama yang menyebabkan seorang pemuda Palestin mengalami kecederaan parah.
Konflik yang berlarutan sejak Oktober 2023 itu terus mencetuskan krisis kemanusiaan yang serius di Gaza, dengan jumlah korban dan mangsa cedera meningkat seiring operasi ketenteraan yang masih berlangsung. – REUTERS