Oliver Tree antara korban nahas helikopter di Brazil

Oliver Tree (tengah) bergambar potret di belakang pentas di Khemah Sahara semasa Festival Muzik dan Seni Lembah Coachella 2026 pada 19 April 2026 di Indio, California / foto AFP

RIO DE JANEIRO, 15 Jun – Penyanyi Amerika Syarikat, Oliver Tree, antara enam orang yang terbunuh dalam insiden pertembungan dua helikopter di sini pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Oliver Tree antara enam yang maut selepas dua helikopter bertembung di Rio de Janeiro.
  • Antara mangsa ialah YouTuber Argentina Gaspar Prim yang dikenali sebagai Gaspi.
  • Pesawat terhempas di kawasan tempat letak kereta pengedar kereta elektrik, mencetuskan kebakaran besar akibat bateri litium.

Menurut pihak polis tempatan, mangsa lain yang turut terkorban termasuk YouTuber Argentina, Gaspar Prim, yang dikenali sebagai “Gaspi”.

Tree, 32, merupakan penyanyi, penulis lagu, penerbit muzik, rapper dan pembikin filem dari Santa Cruz, California.

Beliau menandatangani kontrak dengan Atlantic Records pada 2017 selepas lagu “When I’m Down” menjadi tular, sebelum mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi lagu “Life Goes On” (2021) dan “Miss You” (2022).

Terdahulu, Pegawai Jabatan Bomba, Fabio Contreiras, berkata pesawat berkenaan terhempas di kawasan parking pengedar kereta elektrik, sekali gus mencetuskan kebakaran besar.

Menurut beliau, keadaan kebakaran menjadi lebih sukar dikawal akibat api marak yang dicetuskan oleh bateri litium pada kenderaan di lokasi kejadian.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca perlanggaran di udara tersebut. – Reuters.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.