
KANSAS CITY, 13 Jun– Sebahagian peralatan latihan pasukan bola sepak England dilaporkan hilang selepas sebuah kenderaan yang membawa kelengkapan tersebut dipecah masuk menjelang ketibaan skuad berkenaan di Kansas City.
- Pemindahan dari kem latihan prakejohanan di Florida ke Swope Soccer Village sebagai pangkalan latihan England untuk Piala Dunia.
- Polis menyiasat kemungkinan kecurian melibatkan kenderaan pasukan selepas beberapa barangan didapati hilang.
- Dua individu ditahan; media Britain melaporkan bola dan but latihan dipercayai dicuri, FA belum mengeluarkan kenyataan.
Insiden itu berlaku ketika proses pemindahan dari kem latihan prakejohanan di Florida ke Swope Soccer Village yang bakal menjadi pangkalan latihan England sempena Piala Dunia FIFA 2026.
Menurut polis tempatan, siasatan sedang dijalankan berhubung kemungkinan berlaku kecurian membabitkan kenderaan pasukan yang tiba di Kansas City dengan beberapa barangan didapati hilang.
Dua individu turut ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
Media Britain melaporkan antara peralatan yang dipercayai dicuri termasuk bola dan but latihan.
Setakat ini, Persatuan Bola Sepak England (FA) belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.
Kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum England memulakan kempen Piala Dunia menentang Croatia pada Rabu. -REUTERS