Liga Ragbi Piala Agong: Kelantan ke separuh akhir, ATM tersingkir

Mohd Farid Syazwan Abu Bakar, Ketua Jurulatih Kelantan Ragbi

SERDANG, 13 Jun– Kelantan Rugby mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga Ragbi Piala Agong 2026 selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 45-36 dalam aksi suku akhir hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Jurulatih Mohd Farid Syazwan berpuas hati dengan persembahan, pelaksanaan perancangan dan disiplin tinggi pemain.
  • Beberapa aspek perlu dipertingkatkan, khususnya bahagian serangan dan pertahanan sebelum aksi separuh akhir.
  • Kelantan dijadual menentang Johor di Stadium Pasir Gudang, Johor, Sabtu depan.

Kemenangan itu membolehkan skuad Pantai Timur meneruskan kemaraan dalam saingan tertinggi ragbi tempatan, sekali gus semakin hampir untuk merebut kejuaraan.

Ketua Jurulatih Kelantan Ragbi, Mohd Farid Syazwan Abu Bakar berkata, beliau berpuas hati dengan persembahan pemain.

Menurut beliau, anak-anak buahnya berjaya melaksanakan perancangan pasukan selain menunjukkan disiplin tinggi sepanjang perlawanan.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan permainan pasukan kerana kami berjaya memenangi perlawanan suku akhir.

Beberapa perancangan yang dirancang dalam latihan dapat dilaksanakan dengan baik oleh pemain,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih terdapat beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan menjelang aksi separuh akhir, khususnya di bahagian serangan dan pertahanan.

Kelantan dijadual menentang Johor pada aksi separuh akhir yang akan berlangsung di Stadium Pasir Gudang, Johor, Sabtu depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.