
LABUAN, 13 Jun – Golongan belia di Labuan diseru memanfaatkan kekuatan dan kelebihan yang dimiliki pulau itu sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.
- Timbalan Menteri: usaha dan keazaman belia Labuan mampu melahirkan pemimpin masa depan yang cemerlang, berdaya saing dan dihormati.
- Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2026 peringkat Labuan disempurnakan oleh Timbalan Menteri.
- GABPOBA dinobat johan kategori pertubuhan belia APBN 2026 Labuan, membawa pulang RM10,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
- Kelab Belia Kampung Lubok Temiang naib johan terima RM5,000; Edzan Fauzan Tamin dan Ellorna Tan dinobat johan kategori lelaki dan wanita, masing-masing terima RM4,000.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, dengan usaha dan keazaman yang berterusan, golongan belia terutama anak jati Labuan mampu menjadi pemimpin masa depan yang cemerlang, berdaya saing dan dihormati bukan sahaja di peringkat nasional, malah antarabangsa.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2026 peringkat Labuan.
Terdahulu, Persatuan Gabungan Belia dan Beliawanis Kampung Pohon Batu (GABPOBA) muncul johan kategori pertubuhan belia Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 peringkat Labuan.
GABPOBA menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
Kelab Belia Kampung Lubok Temiang pula dinobatkan sebagai naib johan dan menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala dan sijil.