Maybank perluas bantuan kepada PKS yang terkesan konflik di Asia Barat

Maybank SME Perkasa, pembiayaan pantas dengan pengeluaran dana dalam tempoh 48 jam

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Penyelesaian kewangan bersasar serta pemudahcaraan Kemudahan Bantuan Kestabilan, SRF Bank Negara Malaysia diperluas Maybank bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Maybank SME Perkasa sediakan pembiayaan pantas, pengeluaran dana dalam 48 jam setelah dokumen lengkap.
  • Pelanggan PKS sedia ada boleh mohon Bantuan Bayaran Balik, keputusan dalam tempoh lima hari bekerja.
  • Maybank jalankan sesi libat urus dengan persatuan industri utama untuk pastikan bantuan telus, mudah diakses dan sesuai keperluan akar umbi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Syed Ahmad Taufik Albar memaklumkan keperluan dilaksana bertujuan memastikan bantuan kewangan disalur dengan lebih telus, mudah diakses dan menepati keperluan perniagaan peringkat akar umbi.

“Sehubungan itu, sesi libat urus bersama beberapa persatuan industri utama termasuk SAMENTA, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, FMM, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, DPMM, ACCCIM, KLSICCI serta Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, PDAM, dilaksana Maybank.

“Maybank SME Perkasa, antara bantuan pembiayaan pantas yang disediakan dengan pengeluaran dana dalam tempoh 48 jam, selepas dokumen lengkap.

“Pelanggan PKS sedia ada pula boleh memohon Bantuan Bayaran Balik di bawah Skim Bantuan Kewangan, dengan keputusan dalam tempoh lima hari bekerja,”jelasnya.

Syarikat kewangan itu turut memudahkan permohonan SRF BNM yang menawarkan pembiayaan sehingga RM750,000 bagi tempoh sehingga lima tahun, pada kadar pembiayaan maksimum 3.75 peratus setahun termasuk fi jaminan.

“PKS merupakan pemacu utama ekonomi sebenar negara dan Maybank komited untuk terus mendengar serta memahami keperluan perniagaan yang berubah.

“Di bawah strategi ROAR30 pula, ia menyasarkan untuk menggerakkan RM100 bilion bagi menyokong industri berimpak tinggi dan bernilai tinggi di seluruh negara,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.