Lapan terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza City

(Foto fail) Tangan seorang rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel di Deir el-Balah, pada 11 April lepas/AFP

GAZA CITY, 4 Jun- Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam serangan udara Israel di sini pada awal pagi Khamis, menurut Pertahanan Awam Palestin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan udara menyerang bangunan kediaman dan kem pelarian Al-Shati di barat Gaza City.
  • Hospital Al-Shifa merekodkan sekurang-kurangnya 15 orang cedera akibat serangan itu.
  • Gencatan senjata sejak Oktober gagal hentikan keganasan; lebih separuh Gaza dikawal tentera Israel dan fasa kedua ditangguh.

Jurucakap agensi itu, Mahmoud Bassal memaklumkan tujuh daripadanya terbunuh dalam serangan ke atas bangunan kediaman dan seorang di kem pelarian Al-Shati di barat sini.

“Serangan berlaku waktu subuh — sekurang-kurangnya lapan syahid dalam serangan itu,” jelasnya.

Beliau berkata Hospital Al-Shifa di Gaza City turut merekodkan sekurang-kurangnya 15 orang cedera akibat serangan berkenaan.

Walaupun gencatan senjata dilaporkan berkuat kuasa sejak Oktober, keganasan Israel masih berterusan di Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan sekurang-kurangnya 936 orang telah terbunuh sejak gencatan senjata bermula.

Gencatan senjata fasa pertama sebelum ini melibatkan pembebasan tebusan Israel oleh Hamas sebagai pertukaran dengan tahanan Palestin di Israel, namun peralihan ke fasa kedua merangkumi pelucutan senjata Hamas dan pengunduran tentera Israel masih tertangguh. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.