
KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda kawasan Lautan Atlantik di Central Mid-Atlantic Ridge pada 1.44 petang tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada koordinat 0.8 darjah Utara, 19.9 darjah Barat, kedalaman 10 kilometer.
- Pusat gempa terletak kira-kira 3,081 kilometer ke selatan Las Palmas, Sepanyol.
- Penilaian awal METMalaysia menyatakan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada koordinat 0.8 darjah Utara dan 19.9 darjah Barat, pada kedalaman 10 kilometer.
Pusat gempa terletak kira-kira 3,081 kilometer ke selatan Las Palmas, Sepanyol.
Menurut penilaian awal METMalaysia, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.