
KUALA LUMPUR, 4 Jun – Ekosistem kecerdasan buatan, (AI)antara prasyarat penting untuk Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan pelabur asing.
- Memperkukuh infrastruktur digital, pusat data, dan IoT penting untuk menarik pelaburan asing dan menambah daya saing negara.
- AI meningkatkan visibiliti rantaian bekalan serta membantu unjuran, analisis dan pengenalpastian alternatif pembekal.
- Keupayaan ini mengurangkan kebergantungan pada satu pembekal dan memperkukuh daya saing sektor kewangan, logistik, pembuatan, runcit dan pertanian.
Penganalisis Ekonomi UNIKL Business School, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat, pelabur kini tidak lagi hanya menilai kos buruh rendah, sebaliknya melihat keupayaan sesebuah negara menyediakan infrastruktur digital, pusat data, Internet Benda, IoT serta rantaian bekalan yang cekap.
“Keupayaan berkenaan, penting bagi memastikan Malaysia terus kompetitif dalam menarik pelaburan langsung asing, (FDI) terutama dalam sektor bernilai tinggi.
“Jadi, untuk Malaysia terus kekal sebagai negara yang mampu menarik FDI, semua elemen itu perlu diperkukuh. AI juga antara yang memberi visibiliti yang lebih jelas kepada rantaian bekalan,” katanya.
Beliau turut mengakui AI turut mengubah syarikat membuat keputusan termasuk dalam membuat unjuran, menganalisis rantaian bekalan serta mengenal pasti alternatif pembekal.
“Keupayaan itu membolehkan perniagaan bertindak lebih awal terhadap perubahan pasaran, selain mengurangkan kebergantungan satu sumber bekalan.
“Dalam jangka panjang, perkembangan itu dijangka memperkukuh daya saing ekonomi negara, khususnya dalam sektor kewangan, logistik, pembuatan, perdagangan runcit dan pertanian,”jelasnya.