
LABUAN, 2 Jun – 57 individu yang dipercayai terbabit kegiatanpenipuan pelaburan dalam talian, direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan.
- Serbuan di sebuah hotel dilakukan Bahagian Risikan/Operasi JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan beberapa BSJKD di Sabah serta Labuan.
- Pelbagai peralatan dan barangan dirampas dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM131,500.
- Sindiket dipercayai telah beroperasi sejak April lepas.
- Siasatan awal mendapati kegiatan mensasarkan mangsa di Korea Selatan.
Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Melisa Chia Pui Fung.
Terdahulu, kesemua suspek ditahan di sebuah hotel dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bersama beberapa Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) di Sabah dan Labuan.
Pelbagai peralatan dan barangan telah dirampas melibatkan nilai keseluruhan dianggarkan RM131,500.
Sindiket dipercayai telah beroperasi sejak April lepas dan siasatan awal mendapati kegiatan menyasarkan mangsa di Korea Selatan.