
KUCHING, 31 Mei – Lima wanita warga asing berumur antara 23 dan 38 tahun ditahan pada Sabtu di sebuah premis rumah urut di sini kerana beroperasi tanpa lesen perniagaan sah.
- Operasi dijalankan bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak.
- Dua wanita tidak memiliki permit kerja atau PLKS sah; tiga lagi gagal kemukakan dokumen perjalanan yang sah.
- Polis merampas dua pasport, satu paket kondom bagi kegiatan seks dan wang tunai RM484.
- Kes disiasat bawah Seksyen 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63; hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara lima tahun.
Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu dalam kenyataan memaklumkan, operasi berkenaan dilakukan bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak.
“Dua daripada wanita terbabit tidak memiliki permit kerja atau pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang sah manakala tiga lagi gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.
“Polis turut merampas dua pasport, satu paket kondom bagi kegiatan seks dan wang tunai berjumlah RM484,” menurut kenyataan itu.
Kes disiasat bawah Seksyen 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas atau permit yang dikeluarkan.
Kes turut disiasat bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki atau berada di Malaysia tanpa pas yang sah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun.