Lebih RM30 juta diperuntukkan untuk Bantuan Bakul Kasih Johor

FOTO FB ONN HAFIZ GHAZI

MUAR, 31 Mei – Johor memperuntukkan lebih RM30 juta bagi pelaksanaan Bantuan Bakul Kasih Johor yang memanfaatkan lebih 550,000 keluarga di negeri itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan bertujuan meringankan beban dan kos sara hidup susulan ketidaktentuan ekonomi global.
  • Inisiatif disalurkan untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan.
  • Bakul mengandungi keperluan asas seperti beras, tepung gandum, sardin, gula dan barangan dapur lain.
  • Agihan dilakukan semasa lawatan Menteri Besar ke daerah Tangkak dan Muar, menzahirkan komitmen kerajaan negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan tersebut bertujuan meringankan beban dan kos sara hidup rakyat susulan ketidaktentuan ekonomi global.

“Inisiatif Bakul Kasih Johor ini disalurkan sebagai salah satu usaha kecil untuk membantu meringankan beban, khususnya kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Kerajaan negeri akan terus berusaha memperkukuh kebajikan rakyat bagi memastikan kesejahteraan setiap keluarga Bangsa Johor terus terjamin,” katanya menerusi kenyataan.

Bantuan Bakul Kasih Johor itu merangkumi keperluan asas seperti beras, tepung gandum, sardin, gula serta barangan dapur lain.

Agihan tersebut turut diserahkan ketika lawatan Datuk Onn Hafiz ke daerah Tangkak dan Muar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.