Sambutan Pesta Kaamatan, Hari Gawai erat semangat perpaduan – Datuk Fahmi

FOTO FB FAHMI FADZIL

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai diharap terus memperkukuh semangat kekeluargaan, perpaduan serta rasa syukur dalam kalangan rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkongsi ucapan sambutan di Facebook.
  • Sambutan dijadikan ruang memelihara warisan dan tradisi masyarakat.
  • Perayaan meraikan kepelbagaian budaya serta mengukuhkan tali persaudaraan antara rakyat.
  • Ia selaras dengan usaha memperkukuh keharmonian negara dalam kerangka Malaysia MADANI.

Menerusi perkongsian di Facebook, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sambutan itu juga menjadi ruang untuk masyarakat terus memelihara warisan, meraikan kepelbagaian budaya dan mengukuhkan tali persaudaraan.

“Semoga sambutan ini membawa kegembiraan, keberkatan dan mempereratkan lagi semangat kekeluargaan, perpaduan serta rasa syukur atas rezeki dan hasil yang dikecapi,” katanya.

Katanya, semangat meraikan kepelbagaian itu selari dengan usaha memperkukuh keharmonian negara dalam kerangka Malaysia MADANI.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.