NATO tegas pertahan keselamatan negara anggota

FOTO REUTERS

LONDON, 29 Mei – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menegaskan pihaknya bersedia mempertahankan setiap inci wilayah anggotanya, kata Setiausaha Agungnya, Mark Rutte pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dron dilaporkan mengenai sebuah apartmen di Romania semasa serangan semalaman Rusia ke atas Ukraine.
  • Tindakan Rusia digambarkan sebagai tidak bertanggungjawab dan berbahaya kepada semua pihak.
  • NATO menegaskan kesan pencerobohan itu tidak terhad kepada sempadan negara berkenaan.
  • Langkah pertahanan tambahan sedang dipertimbangkan susulan insiden tersebut.

Beliau berkata demikian selepas sebuah dron dilaporkan mengenai sebuah bangunan apartmen di negara anggota Romania dalam serangan semalaman oleh Rusia ke atas negara jiran, Ukraine.

“Tindakan Rusia tidak bertanggungjawab dan berbahaya kepada semua pihak. Kesan perang pencerobohan haram itu tidak terhad di sempadan negara berkenaan,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Menurut NATO, langkah-langkah pertahanan tambahan turut sedang dipertimbangkan susulan insiden berkenaan. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.