
ISLAMABAD, 27 Mei -Peningkatan kadar inflasi dan harga bahan api menyebabkan harga ternakan korban naik mendadak sehingga membebankan sebahagian rakyat Pakistan.
RINGKASAN BERITA AI
- Pengguna berdepan kenaikan harga bahan api akibat gangguan pasaran minyak global susulan konflik di Asia Barat.
- Umat Islam di Pakistan menunaikan solat sunat Aidiladha dan melaksanakan ibadah korban walau berdepan cabaran kos.
- Daging korban diagihkan kepada keluarga, rakan dan golongan memerlukan selepas proses penyembelihan.
Pengguna di negara itu turut berdepan kenaikan mendadak harga bahan api susulan gangguan pasaran minyak global akibat konflik di Asia Barat.
Sementara itu, umat Islam di Pakistan pada Rabu menunaikan solat sunat Aidiladha serta melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha meskipun berdepan kenaikan harga ternakan korban.
Aidiladha disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan melaksanakan ibadah korban.
Selepas proses penyembelihan dilakukan, daging korban lazimnya diagihkan kepada ahli keluarga, rakan-rakan serta golongan yang memerlukan. – AFP