Simpan SSPN sasar lahir generasi kurang berhutang

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Agenda penabungan konsisten generasi masa kini menjadi antara objektif utama Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kurang pendedahan menyebabkan ramai ibu bapa tidak menyediakan simpanan pendidikan untuk anak.
  • SSPN menggalakkan perancangan awal supaya anak berusia 18 tahun sudah memiliki tabungan pendidikan.
  • Inisiatif SSPN mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman PTPTN, MARA dan JPA serta mewujudkan masyarakat kurang berhutang.
  • PTPTN umum agihan dividen Simpan SSPN lebih kompetitif menzahirkan tadbir urus cemerlang dan pulangan optimum kepada pendeposit.

Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, kurang pendedahan menjadi faktor utama ibu bapa tidak menyediakan simpanan tersebut kepada anak-anak mereka.

“Jadi inilah objektif melalui SSPN, kita nak ibu bapa membuat perancangan awal untuk anak-anak, apabila mereka berusia 18 tahun, sudah miliki tabungan.

“Dan kebergantungan kepada pinjaman PTPTN, MARA ataupun JPA dapat dikurangkan selain mewujudkan masyarakat yang kurang berhutang,” katanya selepas menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini, hari ini.

Terdahulu, PTPTN mengumumkan agihan dividen Simpan SSPN yang lebih kompetitif kepada pendeposit bagi tahun 2025 sebanyak 4.10 peratus.

Menurut beliau, peningkatan kadar dividen ini menunjukkan kecekapan PTPTN dalam menguruskan dana simpanan dengan efektif berlandaskan tadbir urus yang cemerlang, berintegriti dan strategik bagi memastikan pulangan yang optimum dapat diberikan kepada pelanggan.

Pada 2025, Simpan SSPN mencatatkan jumlah deposit sebanyak RM3.33 bilion, meningkat RM154.10 juta atau 4.86 peratus berbanding RM3.17 bilion pada tahun sebelumnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.