
JERLUN, 24 Mei -Usaha pembangunan golongan wanita perlu terus diperkasakan sebagai pelaburan penting demi masa depan masyarakat yang lebih progresif dan sejahtera.
- Wanita bukan sahaja penjaga keluarga tetapi juga pembina komuniti dan penggerak perubahan sosial.
- Banyak wanita memulakan perniagaan kecil dari dapur serta bangkit dari kesulitan demi anak dan keluarga.
- Penghargaan kepada WOW dan Yayasan Hasanah sebagai rakan strategik membuka peluang pembangunan komuniti.
- Program Hari Kesejahteraan Komuniti menyorot pentingnya sokongan lestari untuk memajukan wanita dan masyarakat.
Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, wanita bukan sahaja memainkan peranan sebagai penjaga keluarga, malah turut menjadi pembina komuniti dan penggerak perubahan sosial.
“Ada yang berniaga kecil-kecilan dari dapur rumah, ada yang memulakan kehidupan dalam serba kekurangan. Ada juga yang pernah jatuh dan kehilangan keyakinan diri, namun mereka tetap bangkit semula demi anak-anak, keluarga dan masa depan yang lebih baik,” baginda bertitah pada Program Hari Kesejahteraan Komuniti Women of Will WOW dan Yayasan Hasanah, di sini.
Hadir sama pada majlis itu ialah, Presiden WOW Datin Wira Goh Suet Lan.
Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz turut menghargai peranan WOW dan Yayasan Hasanah yang menjadi rakan strategik penting dalam membuka ruang dan peluang kepada lebih ramai komuniti untuk dibangunkan secara lebih mampan.