258 pek darah berjaya dikumpul menerusi lima siri Program Mai Derma Darah

Foto RTM

KANGAR, 24 Mei -Sebanyak 258 pek darah berjaya dikumpulkan menerusi lima siri penganjuran Program ‘Mai Derma Darah’ yang dilaksanakan secara berkala setiap bulan sejak Januari lepas hingga kini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Program dikendalikan Jabatan Perubatan Transfusi HTF bersama UMNO Bahagian Kangar, Puteri UMNO dan Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar.
  • Pelaksanaan di bawah misi 'Mission Be A Hero' menerima sambutan amat menggalakkan daripada penderma tetap dan baharu.
  • Inisiatif konsisten setiap bulan bertujuan memastikan stok darah HTF berada pada paras selamat, terutama semasa perayaan atau keperluan harian.
  • Program memupuk kerjasama erat serta meningkatkan kesedaran orang ramai untuk tampil membantu golongan memerlukan ketika kecemasan.

Inisiatif kebajikan di Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Tuanku Fauziah (HTF) itu digerakkan oleh UMNO Bahagian Kangar dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kangar, Persatuan Sukarelawan Kasih Kangar, serta jabatan berkenaan.

Penyelaras Program, Siti Zulaikha Muhamad Zulkefli berkata, pelaksanaan program di bawah misi ‘Mission Be A Hero’ itu mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat, khususnya dalam kalangan penderma tetap dan penderma baharu.

Beliau menjelaskan bahawa inisiatif yang dilaksanakan secara konsisten setiap bulan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial bagi memastikan stok bekalan darah di HTF sentiasa berada pada paras selamat, terutamanya ketika musim perayaan atau bagi menampung keperluan harian hospital.

“Program kebajikan seumpama ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa sejak mula diperkenalkan pada tahun 2023.

Langkah berkenaan sekali gus dapat memupuk kerjasama erat serta meningkatkan kesedaran orang ramai untuk tampil membantu golongan yang memerlukan ketika situasi kecemasan,” katanya di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.