Amaran ribut petir, hujan lebat di Sarawak dan Sabah hingga 3 petang ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah yang dijangka berdepan hujan lebat serta angin kencang sehingga pukul 3 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sarawak: Lundu (Kuching), Simunjan (Samarahan), Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Song (Kapit), Tatau, Bintulu, Miri.
  • Sabah: Ranau, Kota Belud (Pantai Barat), Tawau, Lahad Datu (Tawau), Kota Marudu (Kudat).
  • Senarai meliputi daerah pesisir, pedalaman dan bandar di kedua-dua negeri.
  • Butiran lokasi disebut mengikut daerah dan bahagian pentadbiran setempat.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Lundu di Kuching, Simunjan di Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Song di Kapit, Tatau dan Bintulu di Bintulu serta Miri.

Sementara itu di Sabah, amaran cuaca sama melibatkan kawasan Ranau dan Kota Belud di Pantai Barat, Tawau dan Lahad Datu di Tawau serta Kota Marudu di Kudat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.