Skuad negara hanya selangkah ke pentas akhir

Regu pertama negara memulakan rentak kemenangan ke atas pasukan Jepun untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2026 – RTM

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Malaysia meneruskan kemaraan cemerlang dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2026 selepas menewaskan Jepun 2-0 pada aksi suku akhir beregu berpasukan di Stadium Titiwangsa, di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Skuad negara kini hanya selangkah lagi ke pentas akhir dan akan berdepan Indonesia di separuh akhir.
  • Regu pertama: Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias menewaskan pasukan Jepun 15-9, 15-6.
  • Syahir mengalami kecederaan pada penghujung set pertama dan digantikan oleh Zarif Marican Ibrahim Marican.
  • Regu kedua Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 15-6, 15-8.

Kemenangan itu meletakkan skuad negara hanya selangkah lagi untuk menepati sasaran mara ke pentas akhir dan akan berdepan Indonesia di separuh akhir.

Pasukan Malaysia mara menerusi regu pertama negara dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias yang menewaskan Hirokazu Kobayashi, Shuma Takata dan Ryota Haruhara 15-9, 15-6.

Regu pertama negara dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias – RTM

Namun, skuad negara sedikit diuji selepas Syahir mengalami kecederaan pada penghujung set pertama sebelum digantikan Zarif Marican Ibrahim Marican.

Skuad negara kemudian mengesahkan kemaraan ke separuh akhir melalui regu kedua dibarisi Zulkifli Abd Razak, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi yang menundukkan Shun Yuasa, Yota Ichikawa dan Seiya Takano 15-6, 15-8.

Sekiranya berjaya melangkah ke pentas akhir, pencapaian itu sekali gus mengulangi kejayaan skuad negara mara ke perlawanan akhir pada edisi 2024 serta Piala Asia Sepak Takraw tahun lalu yang turut berlangsung di venue sama.

Sementara itu, pasukan Indonesia melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Filipina dengan keputusan 2-1.

Manakala satu lagi pentas separuh akhir akan menyaksikan pertembungan antara Thailand dengan Korea Selatan.

Skuad Gajah Putih mara selepas menundukkan Brunei dengan keputusan 2-0 dan Korea Selatan pula menumpaskan Myanmas dengan keputusan 2-1.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.